Monday 18 March 2013

FAHAMAN PEMIKIRAN DAN ETIKA

SEKULARISME

Adalah merupakan satu ideologi yang merangkumi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Perjuangan utama sekularisme adalah berkaitan dengan urusan keduniaan seperti politik,ekonomi,sosial dan lain-lain yang mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan.

Sekularisme juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam sesebuah negara. Perjuangan fahaman ini lebih sengit terhadap pemimpin yang bersikap neutral dalam hal keagamaan dan tidak memberi keutamaan kepada mana-mana agama.


DEFINISI SEKULARISME

Sekularisme berasal dari perkataan Latin "saeculum" yang membawa maksud nama dan tempat. Maksud masa adalah masa kita menjalani kehidupan manakala tempat merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang nyata. Dalam perkataan lain,kita boleh mendefinasikan bahawa kehidupan secara sekular memfokuskan kepada kehidupan dunia yang sempurna yang tidak mempunyai kaitan dengan hari pembalasan atau dikenali juga hari kiamat.

NEGARA SEKULAR
Selain daripada pembentukan ciri-ciri masyarakat yang sekular, tokoh sekular juga turut berusaha untuk mewujudkan sebuah negara sekular. Negara sekular adalah merujuk kepada gagasan negara yang menerima anutan fahaman sekular bagi negara tersebut. Negara sekular ditakrifkan sebagai kepercayaan yang amat mendalam terhadap pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar pada peringkat sekolah.

Terdapat tiga prinsip penting dalam membentuk kehidupan masyarakat yang berbentuk sekular iaitu :
  • Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan
  • Sains adalah panduan hidup bagi manusia
  • Apa yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.

SEJARAH KEMUNCULAN SEKULARISME

Mengapakah boleh timbulnya fahaman sekularisme? Ianya mula timbul akibat daripada beberapa faktor yang terjadi pada zaman dahulu terutamanya penindasan pihak gereja dan juga kelahiran teori Darwin.


Penentangan dan pengasingan kuasa gereja

Sekularisme mula bertapak di negara Barat pada abad pertengahan yang merupakan zaman pembaharuan di Eropah di mana merupakan satu tindak balas oleh rakyat terhadap kerajaan. Dalam zaman pembaharuan golongan protestan menentang katolik untuk menghapuskan dasar penguasaan ke atas masyarakat Eropah.

Teori Charles Darwin

Charles Robert Darwin merupakan seorang ahli Biologi berbangsa Inggeris. Beliau melakukan teori Evolusi Species. Beliau berpendapat seluruh makhluk hidup berubah menjadi makhluk yang lain lantaran sebuah proses evolusi dan penyempurnaan. Beliau membuat embriologi tentang binatang dengan mengatakan kesempurnaan dan kejadian makhluk hidup sesuai dengan pembuktian fisiologi dan persamaan struktur janin manusia dengan ikan dan katak kepada ahli ilmu Biologi. Begitu juga dengan klon manusia yang membawa bukti masih memiliki hubungan kekeluargaan dengan klon binatang.




PRINSIP-PRINSIP SEKULARISME

Antara prinsip-prinsip asas sekularisme adalah meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan manusia. Aliran pemikiran sekular berpendapat hanya perjuangan berasaskan kebendaan sahaja yang memberi  jaminan baik untuk mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. Kepentingan sekularisme juga dapat dilihat melalui utilitarian yang membawa idea apa yang perlu dan patut diusahakan oleh manusia adalah merupakan perkara yang berguna dari aspek kebendaan. Utilitarian juga mempunyai tafsiran yang bergantung kepada kekuatan akal manusia bagi mentafsir, mengolah dan membuat penilaian.


Fahaman ini juga turut menyatakan bahawa agama tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas sesuatu perkara seperti mana penyelidikan sains yang tidak mampu berbuat demikian.




CIRI-CIRI SEKULARISME
Terdapat beberapa ciri yang dimiliki oleh sekularisme yang menjadikannya lebih unik berbanding dengan fahaman lain. Antaranya adalah :
  1. menafikan hal kerohanian
  2. menafikan kewibawaan orang yang menpunyai kewibawaan yang tinggi dalam hal agama
  3. menafikan nilai hidup yang tetap
  4. menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah
  5. meyakini bahawa nilai Islam harus diasingkan dari nilai kehidupan
  6. menanggap bahawa syariat Islam adalah mundur dan ketinggalan
  7. menyebarkan fahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap Islam demi kepentingan sendiri
KAEDAH PENYEBARAN SEKULARISME
Pihak Barat amat gigih dalam menyebarkan fahaman sekularisme dan terdapat pelbagai cara yang dijalankan oleh mereka. Antaranya adalah melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang.


Kaedah pendidikan

Dijalankan melalui lembaga pendidikan dengan membataskan pendidikan agama Islam secara fizikal dan moral. Kaedah secara fizikal adalah dengan membuka pintu seluasnya kepada pendidikan yang jauh dari pendidikan agama dan dibantu serta diberi kemudahan dari segi material. Manakala kaedah secara moral pula memberi keutamaan kepada guru dan pelajar yang dapat menerima fahaman sekularisme dimana pelajar sekolah Islam tidak mendapat banyak peluang berbanding lulusan bidang umum yang mempunyai masa depan yang cerah. Hal ini telah menimbulkan tanggapan bahawa bidang pengajian agama tidak dapat memberi jaminan masa depan yang cerah. Antara langkah yang telah dijalankan oleh pihak sekularisme dalam bidang pendidikan adalah : 
  1. Menghantar pelajar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian khususnya ke negara Barat yang bakal mengakibatkan para pelajar yang berjiwa muda bertambah jahil tentang agama. Mereka juga akan terjebak dengan budaya Barat seperti minum arak, pergaulan bebas, perzinaan dan homoseksual yang akan mengakibatkan mereka menjadi lebih Barat dari orang Barat.
  2. Menghapuskan pelajaran agama atas nama pendidikan dengan membawa slogan pembaharuan. Ianya pernah dilakukan oleh para penjajah di Universiti Al Azhar di mana pembaharuan dilakukan dengan menyerapkan pembelajaran umum dalam setiap perkuliahan. Pembaharuan ini akan mengakibatkan pelajar tidak dapat menumpukan kepada mata pelajaran agama.
  3. Memperkenalkan institusi pendidikan asing di negara Islam. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan   bahasa asing. Penghinaan bahasa Arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.
  4. Pergaulan bebas dimana percampuran antara wanita dan lelaki dalam sesi pembelajaran adalah digalakkan dalam aliran sekularisme dan mula diterapkan dalam negara Islam bagi tujuan pemodenan dan kemajuan. Mereka menyatakan percampuran sedemikian dapat mematangkan pemikiran pelajar tetapi ujuan sebenar pihak tersebut adalah untuk mengumpan nafsu manusia bagi mengheret para pelajar ke arah kehidupan yang terpesong dari agama.

Kaedah media massa

Tayangan yang terpampang di televisyen,majalah dan media massa yang lain tidak membawa ilmu pengetahuan atau pengamalan ajaran tetapi mendorong ke arah kejatuhan  akhlak Islam. Terdapat pelbagai program tidak berilmiah yang merosakkan minda contohnya seperti filem percintaan, fantasi, hiburan dan filem porno. program bercorak sebegini telah menjauhkan umat Islam dari agama Islam.



Kaedah undang-undang

Memastikan agar undang-undang Islam tidak diguna pakai walau dalam masalah kecil sehingga Islam hanya tinggal nama sahaja. Sekiranya mana-mana negara ingin mempraktikkan undang-undang Islam maka negara tersebut akan menerima tekanan dari pihak Barat ataupun pihak sekular dalam negara itu sendiri. Ini adalah merupakan langkah yang dijalankan oleh golongan sekular bagi menjauhkan umat Islam dari mengamalkan agamanya.

Islam dan Sekularisme tidak akan dapat disatukan kerana kedua-duanya adalah merupakan perkara yang berbeza. Menurut Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi  pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil".  

Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.



KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)

Manusia adalah makhluk yang bercita-cita tinggi dan untuk mencapai cita-citanya manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia menggunakan akalnya dengan bijak dan betul maka dia akan membentuk nilai moral yang baik manakala sebaliknya pula akan berlaku sekiranya manusia menggunakan akalnya secara tidak bijaksana maka mereka akan mendapat nilai moral yang kurang memuaskan.

Antara kelemahan manusia yang bercita-cita tinggi adalah mempunyai prinsip yang tidak realistik dimana menggalakkan manusia mencari kebendaan semata-mata dan status moral dalam kalangan manusia pada zaman ini tidak lagi dipandang tinggi. Dalam arus zaman yang semakin moden, manusia mempunyai dua pilihan sama ada untuk mempertahankan status sebagai manusia ataupun merendahkan martabat mereka sebagai manusia menjadi hamba kepada pembangunan.

Dengan sistem pembangunan yang mengarahkan manusia ke arah lorong pengeluaran dan pembangunan semata-mata, manusia direndahkan statusnya dari menjadi tuan pembangunan kepada hamba pembangunan yang kerjanya hanyalah mengeluarkan dan menngunakan. 



LIBERALISME

Fahaman ini adalah merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi dan menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Fahaman liberalisme yang mengandungi pelbagai aliran dengan nama "liberd" mempunyai dasar dan perlindungan yang berlainan tetapi aliran ini mempunyai pegangan prinsip yang sama iaitu kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu kepada harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Liberalisme menyokong kerajaan demokrasi liberal dimana hak pengundian yang adil dan terbuka serta rakyat mempunyai hak yang sama rata.

Aliran Liberalisme adalah merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di Itali iaitu yang berlaku pada zaman kebangkitan di Eropah. Fahaman ini menekankan bahawa individu itu mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimun dalam ekonomi,politik dan sosial. Antara prinsip lain adalah individu adalah lebih penting dari masyarakat, masyarakat  hidup demi individu dan individ bebas dari nilai-nilai agama.


Liberalisme dari sudut agama

Bermula dari tokoh yang bernama Martin Luther (1483-1546) yang merupakan tokoh protestan yang menentang penindasan dan keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance yang membebaskan kuasa geraja daripada segi rohani ke atas individu dan membentuk mazhab baru yang diberi nama protestan pada abad ke 16 Masihi. Antara prinsip penting protestan adalah individu Kristian mempunyai hak untuk membaca dan mentafsirkan kitab suci dan gereja tidak mempunyai hak mengampunkan dosa-dosa individu. 

Liberalisme dari sudut politik

Seseorang adalah merupakan asas kepada undang-undang dan masyarakat dimana masyarakat dan institusi kerajaan yang wujud di dalam sesebuah negara memperjuangkan hak peribadi individu tanpa memilih taraf sosial yang dimiliki dalam masyarakat. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial di mana rakyat yang merangka undang-undang dan rakyat yang akan mematuhinya. Hal ini demikian kerana individu adalah merupakan insan yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

Liberalisme dari sudut ekonomi

Memperjuangkan kapitalisme Laissez-faire yang membuang semua halangan terhadap perdagangan dan menghentikan semua kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti monopoli dan subsidi. Hal ini demikian kerana ahli liberal tidak mahu menerima peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Liberalisasi ekonomi menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan haruslah ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Setiap individu diberikan kebebasan memiliki harta dan berniaga.

Hal ini menyebabkan kebebasan kepada individu untuk menjual arak dan seterusnya menggalakkan timbulnya pelbagai krisis dalam masyarakat seperti mabuk sehingga menyebabkan kemalangan di luar kawalan, krisis dalam keluarga dan sebagainya. Perkara ini juga turut menimbulkan gejala riba yang mengakibatkan ketidakadilan dalam ekonomi sehingga mengakibatkan krisis ekonomi dan penindasan dalam masyarakat.



MODENISME

Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Fahaman ini adalah merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang berjuang untuk kebebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Semangat modenisasi bermula semenjak era Renaissance abad ke 18 Masihi dimana keberanian manusia menguasai alam dan melepaskan diri daripada cengkaman institusi agama yang menjadikan mereka memasuki era baru, era pasca Abad pertengahan iaitu era moden.


HUMANISME

Fahaman humanisme ini menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah Tuhan yang Maha Agung dan Tuhan tidak lagi berperanan di muka bumi ini. Terdapat beberapa fahaman humanisme yang memporak perandakan masyarakat,antaranya adalah:

  • Percampuran Bebas antara lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan digalakkan kerana tidak ada bezanya antara lelaki dan perempuan dari segi hak asasi dan tanggungjawab. Humanisme berusaha menghapuskan halangan tabi'i antara lelaki dan perempuan seperti rasa malu. Mereka menyatakan bahawa sifat malu adalah sifat negatif dan berasal dari warisan manusia purba.
  • Penggunaan istilah yang mengelirukan seperti istilah "unisek" yang dipopularkan di kedai gunting yang membawa makna tempat gunting rambut bagi lelaki dan juga perempuan. Gaya berfesyen juga ditukar di mana lelaki berambut panjang dan bersubang manakala perempuan berambut pendek. Istilah bintang-bintang yang digunakan bagi menggambarkan pelakon-pelakon filemdi mana ianya bermaksud untuk memberi gambaran yang baik kepada pelakon yang direstui dan tidak direstui oleh Islam. Kebanyakan pelakon antarabangsa mempunyai sifat yang dilarang oleh syariat seperti tidak menutup aurat,bebas berzina,minum arak,merokok dan tidak mempunyai akhlak yang mulia.

  • Penukaran peranan antara lelaki dan perempuan adalah untuk menggalakkan percampuran bebas. Pertubuhan yang dikenali sebagai "Illuminati" mengutarakan idea bahawa wanita yang berharga adalah wanita yang memberi khidmat kepada masyarakat di luar rumahnya. Pertubuhan ini turut menegaskan bahawa "wanita di dapur rumah" tidak memberi apa-apa nilai kepada masyarakat malahan wanita sebagai ibu tidak bernilai kerana mereka tidak memberi apa-apa nilai kepada masyarakat. Mereka juga beranggapan bahawa perkahwinan adalah adat resam orang purba.
  • Gerakan pembebasan wanita dimana istilah 'pembebasan' disini bermaksud membebaskan diri dari kezaliman terutamanya dari kongkongan peraturan agama Institusi Gereja Katolik Rom. Gerakan ini lahir di Amerika dan Eropah di mana kebanyakannya diketuai oleh bangsa Yahudi atau mereka yang berfahaman sosialisme. -Tidak dinafikan bahawa perjuangan mereka adalah betul tetapi mereka menuju kepada kesalahan yang berbahaya kerana gerakan ini diketuai oleh golongan "Illuminati"bagi tujuan batil. Gerakan pembebasan ini kebanyakannya bertujuan untuk membebaskan diri dari tuntutan agama dimana mereka kini menyokong gerakan homoseks dan lesbian atas dasar hak asasi manusia sedangkan mereka berdiam diri apabila wanita digunakan sebagai 'commoditi' dalam iklan di seluruh dunia.
  • Kaunseling Berkelompok untuk menghapuskan kononnya perasaan malu, mereka mangadakan kaunseling berkelompok. Peserta lelaki dan perempuan sejumlah 7 atau 8 orang didudukkan bercampur secara bulatan. Setiap seorang menceritakan masalah masing-masing mendedahkan apa jua kesulitan. Caranya sudah melanggar syariat kerana ianya bercampur antara lelaki dan perempuan dimana segala masalah diceritakan dalam kelompok sama ada masalah peribadi yang hanya boleh diceritakan kepada mahram dan sahabat terdekat sahaja.

  • Pendidikan seks telah dimulakan di Sweden pada tahun 1940 bermula dengan ‘panduan-panduan bagi penyelidikan moral’. Tetapi didapati dari tahun 1956 banyak cara pendidikan mencerobohi panduan-panduan tersebut. Dalam suasana di mana negara mengamalkan sistem pendidikan sekular, amalan-amalan seks yang ganjil dan curangpun disyorkan diajar sebagai kaedah yang direstu oleh undang-undang negara untuk memenuhi kemahuan seks.Pendidikan ini boleh disalah gunakan sekiranya organisasi yang meganjurkan tidak mengakui bahawa wujudnya Tuhan Yang Maha Esa, adanya Rasul dan wujudnya Hari Kiamat. Sekiranya sistem yang menganjurkan pendidikan seks berdasarkan ideologi sekularisme maka tidak mustahil pendidikan seks tersebut akan menuju kepada konsep "menghormati semua pendirian berkenaan seks".





No comments:

Post a Comment